
Renew Lesen Memandu
Renew Lesen Memandu Secara Online
Kami telah menawarkan perkhidmatan renew lesen memandu secara online bermula Jun 2020. Permohonan di laman ini adalah dikhaskan bagi proses Renew “Pembaharuan” lesen memandu sahaja. Untuk proses-proses lain, sila rujuk ke cawangan JPJ berdekatan.
Perkhidmatan ini sesuai bagi pemilik lesen:
- Tinggal berjauhan dari Pejabat JPJ atau Pejabat pos.
- Sibuk dan tidak mempunyai masa untuk ke kaunter JPJ atau pejabat Pos.
- Tidak suka beratur panjang dan menunggu.

Renew Lesen Memandu
Lesen Memandu yang hampir atau telah tamat tempoh perlu diperbaharui. Kegagalan untuk perbaharui lesen memandu anda dalam tempoh lebih dari 3 tahun boleh menyebabkan anda perlu menduduki semula ujian memandu.
Proses renew atau pembaharuan lesen memandu boleh dilakukan di kaunter JPJ atau Pejabat Pos. Pengguna yang mahir dengan sistem atas talian juga boleh melayari sistem MyEG untuk memohon pembaharuan lesen memandu.
Bagi yang kurang mahir dengan sistem atas talian boleh menggunakan perkhidmatan pembaharuan di laman ini. Kami akan membantu anda untuk mendapatkan lesen memandu baharu. Anda tidak perlu ke pejabat JPJ atau beratur panjang dan membazir masa.
*** Kami tidak memberikan perkhidmatan pembaharuan lesen memandu bagi kategori berikut:
1. Lesen Memandu Pelajar atau Learner Driving Licence (LDL)
2. Lesen Memandu Percubaan atau Probationary Driving Licence (PDL)
3. Lesen Memandu Vokasional atau Vocational Driving Licence (VDL)
Kenapa Anda Perlu Perkhidmatan Kami.
Elakkan risiko terpaksa mengambil semula ujian memandu dengan memperbaharui lesen anda tepat pada masanya. Jangan buang masa anda beratur di kaunter apabila anda boleh memperbaharui lesen memandu secara mudah dengan kami.
Biar kami bantu anda mendapatkan lesen memandu baharu anda tanpa perlu bersusah payah mengunjungi pejabat JPJ. Perbaharui lesen anda dengan eLesen hari ini dan nikmati kemudahan pembaharuan dalam talian. Perbaharui Lesen Memandu dengan mudah!
Testimonial Pelanggan Kami



